Selamat Datang ke Website
empayar buku
Empayar Buku di bawah Karangkraf, merupakan perniagaan online yang telah menjalankan sistem dropship sejak 2021.
Karangkraf ialah syarikat penerbitan dan percetakan yang mempunyai lebih 1000 judul buku dan al-Quran yang dipercayai dan berkualiti.
Empayar Buku ialah pusat sehenti untuk dropshipper membeli pelbagai buku, sama ada diterbitkan oleh Karangkraf atau penerbitan luar yang lain.
Dropship dibenarkan untuk menjual di mana-mana platform e-dagang yang bersesuaian dengan anda. Platform ini juga untuk membantu lebih ramai dropshippers menjana pendapatan lebih dengan mudah dan efisien.
Bagi sesiapa yang baru berjinak dalam dunia dropshipping, anda boleh juga bermula menjual di platform media sosial. Media sosial membolehkan anda mewar-warkan produk anda dengan cepat dan mewujudkan hubungan yang mesra bersama pembeli.
Selain perniagaan atas talian, dropshipper juga boleh menjual secara fizikal. Hal ini adalah variasi untuk anda menjana pendapatan lebih. Jika terdapat pameran buku, kami juga mengutamakan dropshipper kami untuk menimba pengalaman dalam perniagaan
Ya. dropship hanya perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM30 bagi pendaftaran sekali seumur hidup. Tiada sebarang bayaran tahunan atau caj tersembunyi dikenakan.
Anda akan menerima maklum balas sekurang-kurangnya dalam masa 24jam setelah mendaftar. Empayar Buku akan menghantar email pengesahan serta kod dropship anda.
terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Tiada had kelayakan akademik atau pengalaman diperlukan.
Ya, kami akan sediakan gambar dan video untuk semua dropship.
Buku Karangkraf: 25%-80%
Buku luar Karangkraf: 22%
Dropship memilih produk yang ingin dijual di platform jualan masing-masing.
Dropship mempromosikan produk menggunakan bahan promosi yang disediakan.
Apabila pelanggan membuat pembelian, dropship perlu membuat pesanan melalui website Empayar Buku.
Pihak Empayar Buku akan menguruskan pembungkusan dan penghantaran terus kepada pelanggan.
Keuntungan dapat terus dari pelanggan, dengan menjual harga penuh kepada pelanggan dan bayar kepada Empayar Buku dengan harga dropship.
Order akan diproses setiap hari isnin sehingga sabtu, kecuali cuti umum.
Order perlu dihantar sebelum jam 2 petang untuk diproses pada hari yang sama.
Bayaran dibuat terus ke akaun Karangkraf Mall Sdn. Bhd melalui website Empayar Buku.
Ya, sesi bimbingan dan latihan secara berkala disediakan bagi membantu peserta memahami strategi pemasaran digital, teknik penjualan, serta cara memaksimumkan keuntungan.