Dear customer, online order operates as usual. We are currently experiencing delays with order dispatch due to the ongoing Coronavirus pandemic. However, we are trying our best to ship your item as soon as possible!
Postage charges
Domestic Delivery
Postage fees for domestic delivery are as below:
-West Malaysia – RM 10
-Sabah & Sarawak – RM 15
For the first 1KG and subsequent additional gram is as per Courier Tariff Rate.
International Delivery
We charge based on Courier International postage fees.
| RM 32.90 |
| fasa - sejarah peperangan dalam islam vol 1 | |||||||||||
| By: Syed Mahadzir Syed Ibrahim | |||||||||||
| Brand: fasa e-bookline | |||||||||||
|
|||||||||||
|
|||||||||||
|
|
|||||||||||
|
|||||||||||
|
|
|||||||||||
|
|||||||||||
|
|||||||||||
|
|
|||||||||||
|
|||||||||||
DALAM Islam, perang yang dipimpin secara terus oleh Rasulullah SAW disebut sebagai ghazwah. Manakala perang yang tidak dipimpin secara terus oleh Nabi Muhammad SAW disebut sariyyah atau saryah. Secara umum, diyakini bahawa jumlah perang yang dipimpin secara terus oleh Rasulullah SAW ialah sebanyak 27 peperangan. Kendati demikian, banyak perbezaan pendapat dalam kalangan ulama dalam menentukan jumlah perang Rasulullah SAW. Hal tersebut terjadi akibat perbezaan dalam menentukan ghazwah dan sariyyah, juga penghitungan dua peperangan menjadi satu kerana terjadi dalam waktu yang bersamaan. Justeru, apakah perang sebenarnya yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW?
Perang yang dipimpin oleh Rasulullah SAW berdasarkan penelitian Ibnu Qayyim dalam kitab Zadul Ma'ad dan pendapat Mahmud Syit Khathab, terdapat 27 buah perang yang dipimpin secara terus oleh Rasulullah SAW. Penelitian mendalam Muhammad Sulaiman Al-Manshurfuri dalam kitab Rahmatan Lil Alamin, mendapati bahawa Nabi Muhammad SAW mengirim utusan dan ekspedisi tentera (tidak memimpin secara terus) sebanyak 60 kali, tetapi tidak semuanya terjadi pecah pertempuran. Semua perang tersebut terjadi dalam waktu yang cukup singkat, iaitu selama sepuluh tahun selepas Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah. Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW pernah mengambil bahagian dalam diikuti oleh yang peperangan sebelum masa kenabiannya. Perang pertama Rasulullah SAW adalah Perang Fijar, di mana Nabi Muhammad SAW yang masih berusia remaja mengumpulkan anak panah untuk bapa saudaranya yang berada di pihak Quraisy, untuk dilemparkan kembali kepada musuh.
Manakala perang yang dilakukan pertama kali oleh Rasulullah SAW selepas menjadi Rasul adalah Perang Waddan atau Perang Abwa, yang terjadi pada tahun 2 Hijriyah atau 623 Masehi. Perang Tabuk merupakan perang terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum baginda wafat pada tahun 632. Sejarah peperangan Rasulullah SAW adalah dalam usaha mempertahankan agama, meninggikan syiar dan mengalahkan musuh yang menzalimi umat Islam pada zaman baginda. Sejarah telah mencatatkan bahawa peperangan yang membabitkan Rasulullah SAW bermula selepas hijrah baginda ke Madinah, dalam usianya lewat 53 tahun. Bayangkan dalam usia sedemikian, selain menyebarkan dakwah, baginda turut berjihad di jalan Allah SWT dengan terbabit dalam 84 siri peperangan menentang kaum musyrikin.
Secara purata, Rasulullah SAW dan sahabat terbabit sekurang-kurangnya tujuh kali dalam siri peperangan setiap tahun. Dalam 10 tahun terakhir hayat baginda yang wafat pada usia 63 tahun, baginda tidak pernah berehat, sebaliknya terus berjuang demi manfaat umat dan masyarakat di sekelilingnya. Nabi SAW berperang kerana iman dan sejarah menjadi saksi tidak ada satu kaum mahupun daerah yang hancur dimusnahkan oleh tentera Muslimin pada zaman Rasulullah SAW.