Dear customer, online order operates as usual. We are currently experiencing delays with order dispatch due to the ongoing Coronavirus pandemic. However, we are trying our best to ship your item as soon as possible!
Postage charges
Domestic Delivery
Postage fees for domestic delivery are as below:
-West Malaysia – RM 10
-Sabah & Sarawak – RM 15
For the first 1KG and subsequent additional gram is as per Courier Tariff Rate.
International Delivery
We charge based on Courier International postage fees.
| RM 34.90 |
| fasa - kehebatan senjata - senjata melayu | |||||||||||
| By: Ibnu Ibrahim At-Tawari | |||||||||||
| Brand: fasa e-bookline | |||||||||||
|
|||||||||||
|
|||||||||||
|
|
|||||||||||
|
|||||||||||
|
|
|||||||||||
|
|||||||||||
|
|||||||||||
|
|
|||||||||||
|
|||||||||||
DI DALAM Alam Melayu terdapat pelbagai senjata yang dihasilkan dan digunakan oleh orang Melayu. Tetapi keris merupakan satu senjata yang paling popular dan dikaitkan dengan etnik Melayu. Kisah pahlawan Laksamana Hang Tuah dan keris Tamingsari serta penonjolan penggunaan keris dalam filem-filem Melayu lama serta penggunaan keris oleh Raja dan Sultan dan raja sehari menjadikan keris sebagai satu senjata Melayu yang unik dan istimewa bagi etnik Melayu di Nusantara khususnya. Orang-orang Melayu telah membuat dan menggunakan senjata semenjak sekurang-kurangnya lima ratus tahun dahulu. Terdapat lebih 50 lagi senjata yang berasaskan etnik Melayu selain daripada keris, antaranya termasuklah badik, clurit, lawi ayam, jambiah, kawali, lading, lembing, parang, pedang, pedang lembik, tombak, tembong, tongkat, tumbuk lada, tundang, sewar, sundang, keris panjang, keris pendua, keris sundang, pisau belati, pisau balasiong, simbat (tongkat), tembong simbat suk, kandar, pelentung), golok, tapik, bacok, sabit, belitung, parang panjang, kelewang, rencong (kerambit, beladau), tombak (serampang, tempuling, tiruk), anak tombak (kiri dan kanan), rantai, gada-gada (rantai dengan besi pemberat di hujung), kapak (kapak kecil), cipan, cokmar, sumpit (sumpit rajang, sumpit panjang), panah, sundang (sundang lipas, sundang panjang), cindai, mayang (mayang gesit, cucuk sanggul), buku lima, panah, rentaka, meriam, terakol dan tekpi (raja senjata).
Sesungguhnya, kehebatan pembuatan senjata di Alam Melayu telah direkodkan dalam sejarah negeri Kedah Tua khususnya di Sungai Batu dan Lembah Bujang yang menjadi pusat peleburan besi terkenal pada zaman silam yang menghasilkan pedang, termasuk salah satu daripada 9 bilah pedang Nabi Muhammad SAW. Alam Melayu sudah pun terkenal dengan pembuatan senjata dari besi seperti pedang di satu kawasan antara India dan China yang dikenali sebagai Qal' atau Kalah atau Kedah Tua. Sebenarnya hasil penyelidikan arkeologi juga membuktikan bahawa orang-orang Melayu telah menunjukkan kepakaran yang tinggi dalam membuat meriam setanding dengan negara-negara asing. Peralatan meriam diperbuat daripada tembaga dan bijih timah yang banyak terdapat di bumi Melaka. Hasil penyelidikan arkeologi membuktikan bahawa Pahang pernah menjadi pusat pembuatan meriam bagi menghadapi ancaman Siam kepada Melaka. Bahan mentah seperti tanah liat banyak terdapat di Sungai Tembeling. Kubu-kubu pertahanan di Melaka dibina menggunakan kepakaran tempatan. Catatan beberapa sejarawan Portugis menyatakan bahawa tentera Melaka telah menggunakan senjata api sebelum kedatangan Portugis dan dinyatakan Sultan Melaka memiliki sebanyak lapan ribu pucuk senjata api (meriam dan senapang pelantak). Begitu juga dengan kubu-kubu pertahanan Melaka diperbuat daripada batang pokok yang besar, tebal dan dilengkapi dengan pelbagai jenis meriam dan juga bekas-bekas berisi belerang. Adalah jelas bahawa teknologi senjata api yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah setanding dengan pembuatan meriam di Jerman.