Dear customer, online order operates as usual. We are currently experiencing delays with order dispatch due to the ongoing Coronavirus pandemic. However, we are trying our best to ship your item as soon as possible!
Postage charges
Domestic Delivery
Postage fees for domestic delivery are as below:
-West Malaysia – RM 10
-Sabah & Sarawak – RM 15
For the first 1KG and subsequent additional gram is as per Courier Tariff Rate.
International Delivery
We charge based on Courier International postage fees.
| RM 36.90 |
| fasa - sejarah jerusalme dan haikal sulaiman | |||||||||||
| By: Syed Mahadzir Syed Ibrahim | |||||||||||
| Brand: fasa e-bookline | |||||||||||
|
|||||||||||
|
|||||||||||
|
|
|||||||||||
|
|||||||||||
|
|
|||||||||||
|
|||||||||||
|
|||||||||||
|
|
|||||||||||
|
|||||||||||
NARATIF yang disebarkan oleh Yahudi adalah Al-Aqsa merupakan tapak bagi tempat ibadat mereka dengan mendakwa wujudnya 'Haikal Sulaiman' yang dibina oleh Nabi Sulaiman dikatakan masih tertimbus di bawah kompleks Al-Aqsa sekarang. Yahudi mendakwa tempat ini adalah khusus untuk penganut agama Yahudi dan umat Islam tidak ada hak atasnya kerana mereka bukan pewaris nabi Bani Israel. Maka Yahudi mempunyai perkaitan sejarah dan hak pemilikan ke atas tempat yang melebihi daripada umat Islam. Adakah ini benar? Mereka merasa bangga dengan pemerintahan Nabi Sulaiman di Palestin dan menganggapnya sebagai 'pemerintahan Yahudi. Mereka juga mencanang diri mereka sebagai pewaris bagi pemerintahan ini dan negara haram Israel adalah penerusan kepada legasi Nabi Daud dan Nabi Sulaiman. Maka mereka ingin membina semula 'Haikal Sulaiman' yang didakwa wujud itu di Al-Aqsa melalui penubuhan negara haram Israel dan menjadikan pembinaan haikal ini sebagai tujuan utama mereka. Setiap hari mereka menceroboh Al-Aqsa untuk meninjau tapak haikal ini. Untuk menjawab dakwaan palsu Yahudi dalam umat Islam kena kembali kepada Al-Quran yang terkandung padanya jawapan terhadap isu-isu Al-Aqsa dan Palestin dengan fakta-fakta yang jelas. Persoalan yang perlu dijawab adalah; apakah agama sebenar para nabi dan apakah hakikat Islam itu.
Al-Quran menolak dan membatalkan segala dakwaan Yahudi bahawa Nabi dan Rasul dari Bani Israel beragama Yahudi seperti yang dianuti sekarang. Al-Quran menjelaskan bahawa mereka semua adalah Muslim dan pengikut mereka ialah orang Islam. Al-Quran juga menegaskan bahawa segala risalah yang dibawa oleh Nabi dan Rasul terdahulu adalah risalah Islam. Maka Nabi Daud dan Nabi Sulaiman ialah orang Islam dan pemerintahan baginda adalah pemerintahan Islam dan bukannya Yahudi yang terbina atas dasar perkauman jahat. Sebahagian orang menyempitkan makna Islam hanya pada risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW yang muncul di Mekah. Kini pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kenapa pencerobohan harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang dikehendaki oleh Yahudi! Nabi Sulaiman berbeza berbanding nabi-nabi yang lain kerana baginda diberi Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin. Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya satu Tuhan sahaja. Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman di mana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). Baginda memerintahkan pengawalnya supaya pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskhah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Amalan ini berkaitan berkaitan dengan jin dan syaitan.