Dear customer, online order operates as usual. We are currently experiencing delays with order dispatch due to the ongoing Coronavirus pandemic. However, we are trying our best to ship your item as soon as possible!
Postage charges
Domestic Delivery
Postage fees for domestic delivery are as below:
-West Malaysia – RM 10
-Sabah & Sarawak – RM 15
For the first 1KG and subsequent additional gram is as per Courier Tariff Rate.
International Delivery
We charge based on Courier International postage fees.
| fobia | ||||||||
| By: Siti Rozilah | ||||||||
| Brand: buku prima | ||||||||
|
||||||||
|
|
||||||||
|
|
||||||||
|
||||||||
|
|
||||||||
|
||||||||
|
||||||||
|
|
||||||||
|
||||||||
|
More Options |
||||||||
RAYU... rayulah lagi! Semakin mangsanya menangis dan merayu agar dia berhenti menyeksa mereka, semakin dia seronok. Rayuan mereka seolah-olah nyanyian merdu di telinganya.
Dia ketagih melihat darah. Lagi banyak darah, lagi dia seronok.
Melihat mangsanya menggelepar kesakitan adalah satu kepuasan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.
Dia adalah seorang algojo yang ditugaskan untuk menghukum pesalah. Mangsanya bukan sebarang mangsa. Dia memilih perempuan seperti Sherry kerana Sherry adalah sasaran yang mudah dan paling penting, Sherry adalah seorang pendosa.
Setiap pendosa harus dihukum. Di dalam kurungan, Sherry didera dan dibiarkan kebuluran.
Bagaimanakah nasib Sherry? Apakah dia harus mati di tangan algojo itu?
Kemudian, muncul pula Doktor Humaira, seorang doktor pakar psikiatri.
Apakah seorang pakar psikiatri sepertinya dapat lari daripada digasak memori silam yang menakutkan?
Siapa pula lelaki bernama Luth, Hidayat serta Hakeem?
Awas, algojo itu masih bebas dan sedang mencari mangsa seterusnya!
“Cik, tolong saya, cik. Lepaskan saya dari sini, cik. Lelaki tu gila, cik.” - Sherry
“Bang, sorry, bang. Jangan tembak gua, tolonglah. Lu ambiklah balik perempuan ni. Gua sembah lu, bang, jangan bunuh gua... jangan bunuh gua!” - Ah Man
“Kau ingat aku tak tahu kau menyorok kat mana ya? Aku dapat hidu bau kau, Sherry. Sherry...” – Algojo
| Bahasa | : Bahasa Melayu |
| Format | : Kulit Nipis |
| Saiz | : 13cm x 6cm x 21cm |
| Halaman | : 400 m/s |
| Jenis Kertas | : Kuning |
| Kondisi | : Baharu (Hitam Putih) |