Ryu-Watanabe lahir tanpa pilihan. Dibesarkan di rumah kebajikan selepas dilahirkan di penjara. Hidupnya penuh luka dan kehilangan. Demi mencari makna diri, dia berkelana ke Tokyo dan memilih jalan gelap. Menyertai yakuza, Ryu menjadi samurai moden yang tangkas bermain pedang. Baginya, jenayah bukan sekadar pilihan, tapi medan hidup dan mati.
Dalam dunia penuh darah dan dosa itu, dia bertemu Noriko, gadis yang mengubah jiwanya. Namun, cinta dalam dunia yakuza bukan mudah.
Kisah Ryu menarik perhatian Sabrina, seorang wanita muda yang obses dengan dunia gelap Jepun. Bersama sahabatnya, Murni, mereka jejak langkah Ryu ke Tokyo. Namun, mencari seorang samurai yang hilang dalam bayang-bayang bukan tugas mudah.
Siapakah sebenarnya Ryu-Watanabe? Pahlawan? Penjenayah? Atau lelaki yang cuma mahu bebas daripada sumpahan hidupnya?
Kerana dalam dunia Ryu ... pedang bukan hanya senjata, tapi takdir.
Goodreads: Cerita yang dramatik, tragik dan saspens. Mencetuskan adrenalina.
TAJUK: HATIKU DI HARAJUKU
ISBN: 978-967-446-422-6
HARGA: RM34.00
MUKASURAT: 592