“Kalau kau tak pandai, buat cara macam orang tak pandai. Tak payah berangan nak jadi engineer macam ayah kau!”
Hamburan kata-kata itu membuat Dian nekad untuk mengeluarkan dirinya daripada penghinaan manusia.
Dian percaya nilai dirinya hanya akan dihargai dan disanjungi tatkala dia berjaya meraih status sosial yang tinggi dalam masyarakat.
‘Kipas, bila aku akan berjaya macam orang lain? Macam kakak?’
Pahitnya realiti kehidupan telah menghambat Dian yang baru saja diberhentikan kerja. Dian akhirnya menyertai satu program pemilihan bagi merebut jawatan disebuah syarikat kejuruteraan ternama.
Terdesak dengan keinginannya untuk berjaya, Dia sanggup berbuat apa sahaja sehingga menggadaikan kejujuran dalam dirinya.
“... adakah saya ni... seorang anak... yang mengecewakan?”
Memori ini telah memelukku dengan hangat.