Kesaktian Petaka Alam membolehkan dia menjelajah ke alam lain. Lantaran itu, dia berdepan dengan musuh yang tidak terduga. Pada saat yang genting itu, dia telah dibantu oleh Ratu Naga. Oleh kerana Petaka Alam ialah seorang pendekar sakti istimewa, Ratu Naga menganugerahkan Delima Naga Keramat kepadanya supaya kuasa dalaman Petaka Alam dapat dipertingkatkan sebagai perisai dan juga kesaktian baru.
Petaka Alam bukan sekadar pendekar sakti handalan, malah dia seorang yang penyayang. Namun, ada sesuatu yang menggusarkan hati serta perasaannya setelah dia mengambil seorang anak angkat. Dia menyangka dengan melatih anak angkatnya itu menggunakan ilmu kesaktian miliknya bakal menyelamatkan masa depan. Akan tetapi, semua itu di luar jangkaan Petaka Alam. Dia tetap berdepan dengan musuh yang amat menakutkan.